Isnin, 26 September 2016

Kota Belanda


Kota Belanda yang terletak di Perak ini telah dibina pada tahun 1670 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Kota Belanda ini dibina adalah untuk menyimpan bijih timah yang mereka dapat di negeri tersebut. Manakala pada tahn 1960, penduduk tempatan di Perak tidak bersetuju dengan cara pihak Belanda mendapat hasil bijih timah itu. Oleh disebabkan penduduk tempatan tidak bersetuju, mereka telah memusnahkan kota belanda tersebut.Selepas kota tersebut telah dimusnahkan,Belanda telah membina semula kota tersebut pada tahun 1749. Pada ketika itu, kota tersebut telah menempatkan seramai 80 orang pengawal. Selepas tahun 1779, kota belanda tidak lagi digunakan lagi kerana Belanda telah menumpukan perhatian mereka kepada perdagangan rempah ratus di Maluku, Indonesia. Selain itu, Belanda juga sedang berhadapan dengan peperangan Napoleon di Eropah dan disebabkan itu,kota belanda telah menjadi sebuah kota yang terbiar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan