Isnin, 26 September 2016

Kellie’s Castle


Siapa yang tinggal di Perak pasti sudah tahu akan tempat bersejarah ini iaitu Kellie’s Castle. Kellie’s Castle yang diibaratkan seperti Taj Mahal. Ianya diibaratkan seperti Taj Mahal kerana Kellie’s Castle ini dibina atas lambang cinta William Kellie Smith kepada isterinya. Kellie’s Castle ini telah dibina pada tahun 1915 tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana kematian Kellie yang mati secara mengejut pada tahun 1926 kerana mempunyai penyakit pneumonia.Kellie’s Castle ini mempunyai senibina yang bercirikan Scottish, Moorish dan India. Walaupun mempunyai sejarah yang tersendiri, ada yang berpendapat bahawa tempat ini mempunyai makhluk halus dimana roh Kellie’s dan keluarganya ada berlegar-legar di kawasan istana tersebut.

Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti mempunyai keunikan yang tersendiri. Tahukah anda bahawa istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku? Istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku malahan mereka menggunakan teknik alternatif iaitu menghubungkan kayu-kayu dan tiang istana ini hanya dengan menggunakan pasak kayu. Istana Seri Menanti ini dibina pada tahun 1902 dan telah disiapkan pada 1908 ini mempunyai 4 batang tiang seri utama dan 99 batang tiang kayu. Senibina istana ini dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya seni minangkabau dari Indonesia. Istana Seri Menanti ini terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Chandi Lembah Bujang


Chandi Lembah Bujang yang terletak di Kedah ini merupakan satu seni binaan yang dikatakan sebagai bahan binaan manusia yang paling tertua di Asia Tenggara. Walaupun di Chandi Lembah Bujang ini tidak banyak boleh dilawati tetapi kawasan tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri. Chandi Lembah Bujang ini dikatakan dibina pada awal masihi hingga 20 masihi. Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat rapat dengan aktiviti perdagangan maritim antaranya beberapa negara  Asia, China, Asia Barat dan India.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan